Ahad, 16 September 2018

9 Tips Bisnes Air Balang Tepi Jalan



Kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi hasil dari menemuramah beberapa orang penjual air di tepi jalan. Tips ini bukan sahaja sesuai untuk orang yang menjual air, orang yang menjual kuih, goreng pisang, nasi lemak dan apa-apa sahaja di tepi jalan juga sesuai amalkan!
.
.
#1. CARI JALAN 2 HALA!
.
Bila berniaga tepi jalan, elakkan berniaga di tepi jalan yang jalannya hanya sehala.. 
.
Jalan sehala ini maksudnya, jalan yang ada divider di tengah-tengahnya. Sebabnya, di jalan sehala ini, pemandu selalunya akan memandu dengan laju, jadi sangat sukar untuk mereka berhentikan kenderaan untuk singgah membeli di gerai anda.
.
Jadi, pastikan anda pilih lokasi di jalan 2 hala di mana, dimana, kebiasaanya di jalan-jalan masuk ke taman perumahan dan jalan-jalan kecil.
.
Di jalan 2 hala ini, selalunya.. kelajuan orang memandu kenderaan sekitar 40km/j ke bawah. Dengan kelajuan tersebut, orang lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah di gerai anda.
.
.
#2. GERAI DI SEBELAH KIRI JALAN.
.
Jika anda berniaga di sebelah petang (3-7 petang), pastikan anda pacak gerai anda di sebelah kiri, laluan orang pulang ke rumah. Barulah senang orang nak singgah gerai anda apabila mereka pulang dari kerja, takderlah mereka terpaksa u-turn untuk singgah ke gerai anda.
.
Tetapi jika anda berniaga sebelah pagi (6-9 pagi), pacak gerai anda di laluan kiri menghala keluar ke bandar atau ke pekan dimana orang keluar pergi bekerja. 
.
.
#3. CARI TEMPAT MUDAH PARKING
.
Ini pun penting, apabila anda mencari lokasi untuk gerai anda, pastikan ada ruang untuk orang berhenti parking.
.
.
#4 . BERNIAGA DI SEBELAH GERAI LAIN
.
Ramai perniaga buat silap dengan meletakkan gerai mereka jauh-jauh dan sorang-sorang! Kalau ada orang berniaga di sebelah! Mulalah dia nak sailang atau santau!
.
Hakikatnya, lagi banyak gerai berniaga di sebelah-sebelah anda, maka, lebah ramai orang akan berhenti untuk membeli. 
.
Orang ramai lebih suka berhenti di tempat yang ada beberapa gerai sebab banyak benda yang boleh mereka beli sekaligus, berbanding berhenti di tempat yang hanya ada sebuah gerai yang menjual sejenis air sahaja!
.
Jadi, janganlah marah kalau ada orang pacak gerai disebelah gerai anda, cuma pastikan, orang tu berniaga produk lain la.. janganlah sama sebijik macam produk anda.
.
.
#5. GANTUNG BANNER
.
Ramai peniaga yang terlepas pandang perkara ini. Mereka selalunya hanya ingat meja dan payung sahaja bila nak buka gerai. 
.
Sedangkan banner adalah antara benda yang paling penting untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang anda jual.
.
Bila ada banner, dari jauh orang dah boleh nampak dan tahu anda jual apa! Bila orang dah tahu anda jual apa, maka mereka tak teragak-agak untuk berhenti dan membeli.
.
.
#6. PANTAS LAYAN PELANGGAN
.
Sebaiknya, setiap order dapat di bungkus dalam masa kurang 10 saat. Kalau boleh, orang order, terus je bagi. 
.
Bagi peniaga baru, kena praktis siap-siap cara nak ceduk dan ikat air. Takdelah nanti terkial-kial nak ikat air depan pelanggan
.
.
#7. MODAL 1/3
.
Bila jual air, sebaiknya, pastikan modal harian untuk buat satu balang air tu hanya 1/3 atau 1/4 sahaja dari hasil jualan.
.
Contohnya, kos untuk buat 1 balang air jambu ialah RM20.. tetapi bila habis terjual 1 balang air itu, anda boleh dapat RM80.
.
Dengan cara ini juga, ianya membuatkan anda lebih tenang berniaga dan takderlah terasa "down" sangat bila air anda tak habis. Sebab anda dah tahu, anda hanya perlu jual 1/4 balang sahaja air untuk memastikan anda balik modal pada hari tersebut.
.
.
# 8. AIR WAJIB - AIR MILO
.
Jika anda berniaga di pasar malam atau pesta, air milo adalah air yang wajib anda jual, ianya adalah bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak. 
.
Kanak-kanak ni mmang takkan pandang air lain, air milo sahajalah yang mereka tahu dan mahu. Bila anak-anak dah mintak air, mak bapaknya pun akan beli sekali lah air-air yg lain. 
.
.
#9. KONSISTEN
.
Bila berniaga tepi jalan, pastikan anda buka gerai anda secara konsisten. Jangan hari ini buka, kemudia esok tutup. Lepastu buka semula.. lepastu 2 hari, tutup pula.
.
Kalau begitu gayanya, memang orang menyampah dan sakit hati.
Semalam masa orang tak teringin nak beli, dia buka, hari ini, bila nak beli, dia tutup pula.
.
Memang susahlah nak dapat pelanggan tetap kalau buat gaya macam tu!
.
---
.
Itulah serba-sedikit tips yang dapat kami kongsikan bila berniaga di tepi jalan ni. Jika anda ada tips lain, bolehlah kongsikan dibahagian komen ya!
.
Jika mahukan tips serta ilmu yang lebih padat tentang bisnes air balang!
.
Boleh dapatkan panduan di website berikut

==> Panduan Bisnes Air Balang Laku Keras

Khamis, 25 Januari 2018

Resepi Air Jagung Ketagih Viral

Resepi Air Jagung Ketagih Viral


Credit to sinarharian


Memang tak hairan bila air jagung ketagih ni jadi viral. Ramai yang ingin mencuba benda yang baru macam ni, pada hal air jagung ni memang sudah dijual sejak aku sekolah rendah lagi.

Cuma kali ni ia ada kelainan.
Ada keunikan yang orang nak tahu dan mencuba. Warnanya lebih terang, garang dan memang daring.
So mesti ramai yang nak cuba kan?

Kalau korang malas nak beratur panjang sebab nak beli air balang jagung ketagih ni, korang boleh aje cuba buat sendiri dirumah.

Kalau dah ada resepi air jagung ketagih ni, bolehlah korang cuba buat masa raya ke, atau masa kenduri sedara-mara korang. Atau boleh aje cuba buat bisnes air balang secara part time ataupun secara fulltime untuk tambah side income orang kata.


Credit to airjagungketagih

Resepi Air Jagung Ketagih Viral!

 Bahan bahan nya :

🌽1 botol kordial jagung
🌽 1 tin susu cair
🌽 1 tin susu pekat manis
🌽 sedikit esen vanilla
🌽 Gula [ikut citarasa]
🌽Garam [garam secubit]
🌽2 tin jagung manis dalam tin [jgn blend] biar mcm tu je...
🌽air ikut sukatan sendiri...oopps lupa plak...letak la 2-3 titik sirap merah untuk nampak air jagung tu mcm kaler air carrot...

[sukatan mengikut keperluan kalau nak sukatan besar ]

Masak atas dapur semua bahan-bahan  ni sampai mendidih, lepas tu angkat then letak ais, lepas tu minum la apa lagi 😜 Kalau nak kick lagi boleh tambah satu scop ais krim. Fuh memang meleleh kan resepi air jagung ketagih ni kan?

Lepas ni terus cuba tau, jangan tengok aje tau. Kalu sudi tekan butang share tu sekali yek :-)

Jangan lupa lihat juga 19 Jenis Air Balang Paling Popular!

9 Tips Bisnes Air Balang Tepi Jalan

Kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi hasil dari menemuramah beberapa orang penjual air di tepi jalan. Tips ini bukan...