Ahad, 16 September 2018

9 Tips Bisnes Air Balang Tepi Jalan



Kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi hasil dari menemuramah beberapa orang penjual air di tepi jalan. Tips ini bukan sahaja sesuai untuk orang yang menjual air, orang yang menjual kuih, goreng pisang, nasi lemak dan apa-apa sahaja di tepi jalan juga sesuai amalkan!
.
.
#1. CARI JALAN 2 HALA!
.
Bila berniaga tepi jalan, elakkan berniaga di tepi jalan yang jalannya hanya sehala.. 
.
Jalan sehala ini maksudnya, jalan yang ada divider di tengah-tengahnya. Sebabnya, di jalan sehala ini, pemandu selalunya akan memandu dengan laju, jadi sangat sukar untuk mereka berhentikan kenderaan untuk singgah membeli di gerai anda.
.
Jadi, pastikan anda pilih lokasi di jalan 2 hala di mana, dimana, kebiasaanya di jalan-jalan masuk ke taman perumahan dan jalan-jalan kecil.
.
Di jalan 2 hala ini, selalunya.. kelajuan orang memandu kenderaan sekitar 40km/j ke bawah. Dengan kelajuan tersebut, orang lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah di gerai anda.
.
.
#2. GERAI DI SEBELAH KIRI JALAN.
.
Jika anda berniaga di sebelah petang (3-7 petang), pastikan anda pacak gerai anda di sebelah kiri, laluan orang pulang ke rumah. Barulah senang orang nak singgah gerai anda apabila mereka pulang dari kerja, takderlah mereka terpaksa u-turn untuk singgah ke gerai anda.
.
Tetapi jika anda berniaga sebelah pagi (6-9 pagi), pacak gerai anda di laluan kiri menghala keluar ke bandar atau ke pekan dimana orang keluar pergi bekerja. 
.
.
#3. CARI TEMPAT MUDAH PARKING
.
Ini pun penting, apabila anda mencari lokasi untuk gerai anda, pastikan ada ruang untuk orang berhenti parking.
.
.
#4 . BERNIAGA DI SEBELAH GERAI LAIN
.
Ramai perniaga buat silap dengan meletakkan gerai mereka jauh-jauh dan sorang-sorang! Kalau ada orang berniaga di sebelah! Mulalah dia nak sailang atau santau!
.
Hakikatnya, lagi banyak gerai berniaga di sebelah-sebelah anda, maka, lebah ramai orang akan berhenti untuk membeli. 
.
Orang ramai lebih suka berhenti di tempat yang ada beberapa gerai sebab banyak benda yang boleh mereka beli sekaligus, berbanding berhenti di tempat yang hanya ada sebuah gerai yang menjual sejenis air sahaja!
.
Jadi, janganlah marah kalau ada orang pacak gerai disebelah gerai anda, cuma pastikan, orang tu berniaga produk lain la.. janganlah sama sebijik macam produk anda.
.
.
#5. GANTUNG BANNER
.
Ramai peniaga yang terlepas pandang perkara ini. Mereka selalunya hanya ingat meja dan payung sahaja bila nak buka gerai. 
.
Sedangkan banner adalah antara benda yang paling penting untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang anda jual.
.
Bila ada banner, dari jauh orang dah boleh nampak dan tahu anda jual apa! Bila orang dah tahu anda jual apa, maka mereka tak teragak-agak untuk berhenti dan membeli.
.
.
#6. PANTAS LAYAN PELANGGAN
.
Sebaiknya, setiap order dapat di bungkus dalam masa kurang 10 saat. Kalau boleh, orang order, terus je bagi. 
.
Bagi peniaga baru, kena praktis siap-siap cara nak ceduk dan ikat air. Takdelah nanti terkial-kial nak ikat air depan pelanggan
.
.
#7. MODAL 1/3
.
Bila jual air, sebaiknya, pastikan modal harian untuk buat satu balang air tu hanya 1/3 atau 1/4 sahaja dari hasil jualan.
.
Contohnya, kos untuk buat 1 balang air jambu ialah RM20.. tetapi bila habis terjual 1 balang air itu, anda boleh dapat RM80.
.
Dengan cara ini juga, ianya membuatkan anda lebih tenang berniaga dan takderlah terasa "down" sangat bila air anda tak habis. Sebab anda dah tahu, anda hanya perlu jual 1/4 balang sahaja air untuk memastikan anda balik modal pada hari tersebut.
.
.
# 8. AIR WAJIB - AIR MILO
.
Jika anda berniaga di pasar malam atau pesta, air milo adalah air yang wajib anda jual, ianya adalah bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak. 
.
Kanak-kanak ni mmang takkan pandang air lain, air milo sahajalah yang mereka tahu dan mahu. Bila anak-anak dah mintak air, mak bapaknya pun akan beli sekali lah air-air yg lain. 
.
.
#9. KONSISTEN
.
Bila berniaga tepi jalan, pastikan anda buka gerai anda secara konsisten. Jangan hari ini buka, kemudia esok tutup. Lepastu buka semula.. lepastu 2 hari, tutup pula.
.
Kalau begitu gayanya, memang orang menyampah dan sakit hati.
Semalam masa orang tak teringin nak beli, dia buka, hari ini, bila nak beli, dia tutup pula.
.
Memang susahlah nak dapat pelanggan tetap kalau buat gaya macam tu!
.
---
.
Itulah serba-sedikit tips yang dapat kami kongsikan bila berniaga di tepi jalan ni. Jika anda ada tips lain, bolehlah kongsikan dibahagian komen ya!
.
Jika mahukan tips serta ilmu yang lebih padat tentang bisnes air balang!
.
Boleh dapatkan panduan di website berikut

==> Panduan Bisnes Air Balang Laku Keras

9 Tips Bisnes Air Balang Tepi Jalan

Kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi hasil dari menemuramah beberapa orang penjual air di tepi jalan. Tips ini bukan...